Kaki 'HIKING' kena datang
![]() |
Puncak Bukit Botak Sepanggar |
Assalammualaikum.Selamat Petang
Hari ini emma tak tahu nak buat apa. huuuhhh.. Al maklum lah sekarang ni musim jerebu. So, tak boleh pergi mana- mana. Duduk rumah ja lah. Sambil layan kerenah anak- anak yang kejap bergaduh, kejap bermain, kejap bertumbuk. hehehe. Daripada duduk saja, emma nak share lah sedikit kenangan terindah waktu Hiking bersama mak tersayang di Bukit Botak Sepanggar.
![]() |
Tq Mum |
![]() |
1250m dari aras laut |
Kenapa Bukit ini dipanggil Bukit Botak @ BUKIT GUNDUL?
Mengikut cerita orang- orang tempatan yang duduk area Bukit ini, mereka menyatakan bahawa Bukit Botak Ni akan kelihatan BOTAK seakan rumput Padang Bola bila dilihat dari jauh. Namun pada hakikatnya bila kita berada di pertengahan Bukit Botak ni, rumputnya panjang paras pinggang emma. Macam tidak percaya kan. tapi itulah hakikatnya.
![]() |
BUKIT BOTAK |
![]() |
Naik jangan tak naik |
![]() |
Me and My Mum |
Para pengemar HIKING bukit tu bolehlah cuba tawan bukit Botak ni. Perjalanan untuk sampai ke Puncak Bukit tidaklah sesukar BUKIT BROGA, SEMENYIH [artikel akan datang].
Mak emma yang berumur 50tahun boleh tawan bukit ni. Apa lagi kalau orang muda, budak- budak lagi lah jangan cakap, confirm boleh sampai punya lah. hehehe.
![]() |
Bergambar dengan Pokok juga |
Untuk kaki-kaki SELFIE, WELFIE cam emma ni, anda WAJIB ke sini. Sebabnya banyak betul bah tempat- tempat untuk bergambar. Cantik - cantik lagi tu viewnya. Kalau boleh setiap 10 tapak kaki melangkah, kena ambil gambar. Hahaha. Sekali sampai puncak dah 'low battery'. Padan Muka emma. Nasib baik lah ada handfone mak, dapat lah juga ambik gambar kat Puncak.
![]() |
Cantik kan tempat untuk ambil gambar. huhu |
Anda boleh memilih Hiking samada nak pergi hujung minggu atau hari bekerja. Terpulang pada anda. Buat pengetahuan semua, tiada sebarang caj yang dikenakan untuk naik Bukit Botak. FOC bah. So, apa tunggu lagi. Jom Kita HIKING.
Anda pasti tak meyesal hiking kat Bukit Botak. Memang Happy Hiking di sini, hingga kan tidak sedar bah sampai sudah di Puncak.
Bila datang sini, Jangan lupa bawa powerbank yer. Dan ukurlah rumput, sama x ngan ketinggian anda atau anda lebih tinggi dari rumput Bukit Botak. hehehe.
Bila datang sini, Jangan lupa bawa powerbank yer. Dan ukurlah rumput, sama x ngan ketinggian anda atau anda lebih tinggi dari rumput Bukit Botak. hehehe.
Happy Hiking semua.
#sabahangirl
#emmasarimah
'
Comments
Post a Comment