Kaki 'HIKING' kena datang

Puncak Bukit Botak Sepanggar Assalammualaikum.Selamat Petang Hari ini emma tak tahu nak buat apa. huuuhhh.. Al maklum lah sekarang ni musim jerebu. So, tak boleh pergi mana- mana. Duduk rumah ja lah. Sambil layan kerenah anak- anak yang kejap bergaduh, kejap bermain, kejap bertumbuk. hehehe. Daripada duduk saja, emma nak share lah sedikit kenangan terindah waktu Hiking bersama mak tersayang di Bukit Botak Sepanggar. Tq Mum 1250m dari aras laut Bukit Botak, Sepanggar ni terletak di Menggatal 40 minute dari Bandar Kota Kinabalu. Ketinggian 1500m dari aras laut. Anda boleh menaiki kereta sendiri atau menaiki Perkhidmatan Bus Mini di sekitar bandar KK atau Pekan Menggatal untuk sampai ke Bukit Botak. Kenapa Bukit ini dipanggil Bukit Botak @ BUKIT GUNDUL? Mengikut cerita orang- orang tempatan yang duduk area Bukit ini, mereka menyatakan bahawa Bukit Botak Ni akan kelihatan BOTAK seakan rumput Padang Bola bila dilihat dari jauh. Namun pada hakikat...